Saturday, December 5, 2015

Hikmah Kelebihan Poligami




"Brother Shah, kenapa Islam benarkan poligami? Bukankah ia seolah-olah menganiaya kaum wanita?" 



Seorang penonton mengangkat tangan, kemudian bertanya setelah diberi laluan oleh peneraju seminar pada hari itu, Brother Shah Kirit. Begitulah lebih kurang makna soalan. Seminar hari itu adalah Konvensyen Perbandingan Antara Agama yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.


Seperti biasa, Bro Shah tersenyum manis sebelum mengemukakan jawapannya;

"Sister. Do you know, there is no religion except Islam who put limits on number of wives. (Rujuk Surah An-Nisa, Ayat 3). Other religion, man can marry as much as wife as they want. But, in some country, their rules said that a man, can only marry a woman, but, they may have 'illegal-wife' as much as they want. Un limited. So sisters, tell me. Which one do you prefer. 4 wives or un-limited wives? Or only a wife but un-limited 'girl friends'. Then, when is your turn to be with your husband? You choose"

Benar. Allah itu Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui. Dia yang menciptakan kita, berserta dengan hukum dan syariat yang perlu kita patuhi, dan sesungguhnya, Dia lebih mengetahui setiap apa yang ada di langit dan di bumi. Setiap hukum yang Dia tetapkan, larangan dan suruhan, pasti ada hikmah dan ibrah di sebaliknya. Benar, dalam Islam, poligami dihalalkan. Ini tercatit dalam Surah An-Nisa, ayat yang ke-tiga yang bermaksud;

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat..."

Sambungan ayat tersebut lagi...

"Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."

Subhanallah. Betapa Allah itu Maha Bijaksana lagi Maha Adil. Benar, Dia benarkan pernikahan dengan lebih daripada seorang wanita, tapi, beserta dengan 'kebenaran' itu - Dia menggariskan syarat untuk dipatuhi. Mesti adil! Jangan menzalimi! Namun sayangnya, ramai di kalangan kita hari ini suka mengambil separuh-separuh ayat Quran - ambil mana yang berkenan di hati (berpoligami) kemudian sembunyikan / tolak mana yang tidak berkenan. Naauzubillahiminzalik.

Seterusnya, mengapa monogami itu lebih baik daripada poligami?

Kita lihat lagi, Surah An-Nisa' ayat yang ke-129 pula, Allah swt berfirman, maksudnya;

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (An-Nisaa' 4:129)

Ternyata.. Bukan mudah untuk berlaku adil. Jadi, eloklah berbalik semula kepada ayat yang mula-mula tadi - "Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja.." - penulis tidak diketahiui


Punyai Masalah Matching Color?

Sinar Jahitan punyai koleksi
Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
berbagai warna dan sepadan




Poligami

Keharusan berpoligami dibolehkan kepada semua lelaki Islam. Walau bagaimanapun, tidak semua lelaki Islam boleh berpoligami. Poligami sebenarnya khusus untuk lelaki atau suami yang istimewa sahaja. Lelaki atau suami istimewa ialah suami yang mempunyai kelebihan-kelebihan khas, yang tidak terdapat pada lelaki-lelaki lain. Kelebihan-kelebihan ini membolehkan dia mengatasi segala cabaran, halangan dan rintangan yang perlu ditempuhi, apabila berhasrat untuk berpoligami. Cabaran, halangan dan rintangan ini bukan sahaja selepas berpoligami, malah sebelum berpoligami. Jika halangan dan rintangan ini berjaya ditempuhi, barulah dia seorang lelaki istimewa dan layak untuk berpoligami.

Kelebihan utama yang perlu ada pada seorang suami yang ingin berpoligami ialah mampu dan berkuasa menanggung nafkah isteri-isteri dan orang dibawah tanggungannya. Nafkah adalah perkara penting dalam rumahtangga, dan ia menjadi kewajipan suami. Bahkan haram hukumnya seseorang itu berkahwin, sedangkan tidak mampu memenuhi keperluan nafkah isterinya. Firman Allah s. w. t. (Al-Baqarah: 233) yang bermaksud : ``Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.'' Rasulullah s. a. w. juga bersabda yang bermaksud : ``Takutilah Allah dalam urusan kaum wanita. Kerana kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan nama Allah. Bagi mereka tanggungjawab atas kamu untuk memberi nafkah makan minum dan pakaian dengan cara yang baik.''

Tidak semua lelaki mampu dan memiliki keistimewaan untuk menanggung nafkah ramai isteri dan ramai tanggungan. Kemampuan untuk menanggung nafkah ini adalah bermaksud ``menggandakan tanggungjawab'' bukan ``mengurangkan tanggungjawab sedia ada''. Apabila seseorang suami berpoligami, tanggungjawabnya bertambah, sama ada tanggungjawab ekonomi, sosial dan keagamaan. Suami yang berpoligami, tetapi kemudian mengurangkan komitmen kepada isteri sedia ada dan anak-anak, maka sebenarnya dia bukanlah lelaki istimewa yang layak untuk berpoligami. Jika selepas berpoligami memudaratkan isteri dan anak-anak, misalnya makan minum tidak mencukupi, tempat tinggal tidak terurus dan sebagainya, suami tidak layak. Dan hukum berpoligami boleh membawa kepada haram.

Sebab itu, ramai suami yang tidak mempunyai ciri-ciri keistimewaan ini, mengambil jalan alternatif berkahwin tanpa kebenaran Mahkamah. Kemudian timbul masalah tidak dapat menanggung nafkah isteri-isteri serta anak-anak.

Makan minum tidak cukup, yuran dan buku sekolah anak-anak tidak berbayar. Ada kes isteri kedua memohon cerai kerana suami tidak memberi nafkah.

Ciri keistimewaan berikutnya, ialah kebolehan untuk berlaku adil. Adil adalah syarat utama untuk suami berpoligami. Ayat al-Quran tentang keharusan berpoligami (surah An-Nisa' ayat 3) jelas menyebutkan perkataan `adil', yang bermaksud: ``Kahwinilah wanita-wanita yang kamu sukai, dua, tiga dan empat.

Tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (antara wanita-wanita itu), hendaklah satu sahaja atau budak yang dalam milikmu. Ini paling dekat kepada kamu supaya tidak berlaku curang.''

Keadilan yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah perkara-perkara yang boleh dilakukan mengikut fitrah kejadian manusia, seperti keadilan dari segi makan minum, pakaian, tempat tinggal, giliran bermalam serta waktu yang dihabiskan oleh seorang suami dengan tiap-tiap isterinya). Walau bagaimanapun, tidak semua lelaki mempunyai keistimewaan untuk membahagi-bahagikan perkara ini secara adil. Lelaki yang ingin berpoligami perlu berfikir, menilai dan mengkaji perkara ini terlebih dahulu, adakah dia boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya? Arahan supaya berfikir, menilai dan mengkaji terlebih dahulu ini adalah arahan Allah s. w. t. dalam ayat di atas. Perkataan `jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil' menghendaki suami berfikir, mengkaji dan membuat penilaian terlebih dahulu, sebelum berpoligami. Bolehkah adil atau tidak? Kalau yakin boleh, kahwinlah sehingga empat sekalipun. Tetapi jika tidak yakin boleh, atau lebih kepada tidak berlaku adil, satu sahaja sudah cukup. Bukannya disuruh berkahwin dahulu, kemudian baru hendak berfikir soal keadilan.

Cabaran seterusnya yang perlu dihadapi oleh suami yang ingin berpoligami ialah cabaran untuk menerangkan maksud hati kepada isteri yang sedia ada. Kemudian cabaran bagi menghadapi respons isteri, setelah diberitahu hasrat untuk berpoligami. Bolehkah isteri menerima dengan hati terbuka? Jika ya, alhamdulillah. Ataupun sebaliknya, isteri tidak boleh menerima. Majoriti wanita fobia apabila suami menyebut perkataan `poligami'; marah, bermasam muka, tidak mahu bercakap, tidur berpaling muka dan sebagainya. Paling dahsyat diiringi sumpah seranah dan maki hamun atau sampai ke tahap meminta cerai. Inilah antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang suami yang berhasrat untuk berpoligami.

Realitinya, lelaki atau suami yang istimewa, dia langsung tidak gentar untuk memberitahu isteri mengenai hasratnya. Secara `gentlemen' dan berhati waja, dia juga tidak gentar dan bersedia menghadapi apa jua respons daripada isteri. Dan hanya lelaki atau suami istimewa sahaja yang mempunyai sifat keberanian ini. Lelaki istimewa tidak akan berkahwin senyap-senyap atau kahwin dahulu, kemudian baru hendak memberitahu isteri. Ada suami yang tidak istimewa, tetapi masih hendak berpoligami. Sebab itu ada yang mengambil jalan alternatif, berkahwin senyap-senyap. Apabila isteri mengetahui selepas itu, isteri marah pun tidak mengapa, sebab sudah berkahwin. Apa yang isteri boleh buat? Sesetengah kes, kerukunan rumahtangga tergugat akibat perkara ini.

Isteri mendakwa suami menipu, berkahwin tidak memberitahu dan sebagainya. Lelaki yang ingin berpoligami perlu bermuhasabah, menilai dan mengkaji diri sendiri, adakah dia lelaki istimewa yang dianugerahkan oleh Allah s. w. t. dengan ciri-ciri tersebut di atas. Adakah dia berani memberitahu isteri tentang hasratnya? Adakah dia boleh menanggung nafkah isteri dan anak-anak lebih daripada seorang? Adakah dia boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya? Arahan supaya berfikir, mengkaji dan menilai terlebih dahulu ini adalah arahan Allah s. w. t. dalam surah an-Nisa' di atas.

Lelaki atau suami yang ingin berpoligami juga perlu membuat siasatan terperinci, kaji selidik dan buat paper work untuk menentukan apa kelebihan dan apa keburukannya jika dia berpoligami. Tiga persoalan diatas

perlu diberi jawapan dengan ikhlas. ``Adakah aku boleh menanggung nafkah isteri-isteri dan anak-anak (yang sedia ada dan bakal lahir)? Adakah aku boleh berlaku adil kepada isteri-isteri, dan adil kepada anak-anakku nanti? Dan ketiga, beranikah aku memberitahu isteri pertama, dan beranikah aku menghadapi apa jua tindakan isteri?'' Kajian juga hendaklah mengambil kira adakah perkahwinan poligami itu akan mendatangkan darar syarie kepada isteri yang sedia ada dan anak-anaknya. Darar syarie maksudnya apa sahaja kemudaratan fizikal dan mental, rohani dan jasmani kepada isteri dan anak-anak.

Siasatan dan kajian ini perlu dibuat sebelum berpoligami, bukannya berkahwin dahulu, kemudian jadikan perkahwinan itu satu `eksperimen' untuk menentukan mampu atau tidak, adil tidaknya dan sebagainya. Segelintir orang Islam berpoligami tetapi kemudian mengabaikan tanggungjawab, tidak adil dan mendatangkan kemudaratan kepada isteri-isterinya dan anak-anaknya. Akibatya Islam yang dikutuk. Yang bersalah dan patut dikutuk ialah orang itu, bukan Islam. Orang itu ialah suami yang tidak mempunyai ciri-ciri keistimewaan, tetapi masih ingin berpoligami, lantaran hanya berpegang kepada satu prinsip sahaja, iaitu poligami hak mutlak lelaki.

Musa Awang ialah seorang Peguam Syarie.
milkyway27:

POLIGAMI - ADAKAH IANYA SATU PENYELESAIAN KEPADA PERMASALAHAN SOSIAL?
:)
Dalam forum ini saya mengajak pembaca HALAQAH untuk memikirkan secara rasional bukan emosional tentang isu poligami di dalam Islam. Bagi memudahkan perbincangan saya kemukakan beberapa soalan yang boleh diketengahkan spt berikut.

1. Sebab-sebab yang boleh difikirkan kenapa Islam membenarkan pensyariatan poligami?
2. Apakah faedah-faedah yang boleh diperolehi di dalam masyarakat sekiranya pensyariatan poligami diamalkan?
3. Kenapa sekarang timbul banyak halangan-halangan kepada Muslim yang hendak mengamalkan pensyariatan poligami ini sedangkan poligami adalah dibenarkan di dalam agama kita, Islam?
4. Kenapa sesetengah ummat Islam menganggap isu poligami sesutau yang sensitif dan tidak sepatutnya dibincangkan?
5. Bagaimana menangani isu poligami supaya pensyariatan ini boleh dijalankan dengan sempurna dan sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam iaitu berlaku adil di dalam poligami?

Poligami, Bukti Keadilan Hukum Allah (3/6): Hikmah dan manfaat agung poligami

Hikmah dan manfaat agung poligami
Karena poligami disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mempunyai nama al-Hakim, artinya Zat yang memiliki ketentuan hukum yang Mahaadil dan hikmah[1] yang Mahasempurna, maka hukum Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mulia ini tentu memiliki banyak hikmah dan faidah yang agung, di antaranya:
1- Terkadang poligami harus dilakukan dalam kondisi tertentu, misalnya jika istri sudah lanjut usia atau sakit, sehingga kalau suami tidak poligami dikhawatirkan dia tidak bisa menjaga kehormatan dirinya. Atau jika suami dan isrti sudah dianugerahi banyak keturunan, sehingga kalau dia harus menceraikan istrinya, dia merasa berat untuk berpisah dengan anak-anaknya, sementara dia sendiri takut terjerumus dalam perbuatan zina jika tidak berpoligami. Maka, masalah ini tidak akan bisa terselesaikan kecuali dengan poligami, insya Allah.
2- Pernikahan merupakan sebab terjalinnya hubungan (kekeluargaan) dan keterikatan di antara sesama manusia, setelah hubungan nasab. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا
Dan Dia-lah yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah (hubungan kekeluargaan karena pernikahan), dan adalah Rabbmu Maha Kuasa.” (QS. al-Furqaan: 54).
Maka, poligami (adalah sebab) terjalinnya hubungan dan kedekatan (antara) banyak keluarga, dan ini salah satu sebab poligami yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.[2]
3- Poligami merupakan sebab terjaganya (kehormatan) sejumlah besar wanita, dan terpenuhinya kebutuhan (hidup) mereka, yang berupa nafkah (biaya hidup), tempat tinggal, memiliki keturunan dan anak yang banyak, dan ini merupakan tuntutan syariat.
4- Di antara kaum laki-laki ada yang memiliki nafsu syahwat yang tinggi (dari bawaannya), sehingga tidak cukup baginya hanya memiliki seorang istri, sedangkan dia orang yang baik dan selalu menjaga kehormatan dirinya, akan tetapi dia takut terjerumus dalam perzinaan, dan dia ingin menyalurkan kebutuhan (biologis)nya dalam hal yang dihalalkan (agama Islam), maka termasuk agungnya rahmat AllahSubhanahu wa Ta’ala terhadap manusia adalah dengan dibolehkan-Nya poligami yang sesuai dengan syariat-Nya.[3]
5- Terkadang setelah menikah ternyata istri mandul, sehingga suami berkeinginan untuk menceraikannya, maka dengan disyariatkannya poligami tentu lebih baik daripada suami menceraikan istrinya.
6- Terkadang juga seorang suami sering bepergian, sehingga dia butuh untuk menjaga kehormatan dirinya ketika dia sedang bepergian.
7- Banyaknya peperangan dan disyariatkannya berjihad di jalan Allah, yang ini menjadikan banyak laki-laki yang terbunuh sedangkan jumlah perempuan semakin banyak, padahal mereka membutuhkan suami untuk melindungi mereka. Maka, dalam kondisi seperti ini poligami merupakan solusi terbaik.
8- Terkadang seorang lelaki tertarik/ kagum terhadap seorang wanita atau sebaliknya, karena kebaikan agama atau akhlaknya, maka pernikahan merupakan cara terbaik untuk menyatukan mereka berdua.
9- Kadang terjadi masalah besar antara suami-istri, yang menyebabkan terjadinya perceraian, kemudian sang suami menikah lagi dan setelah itu dia ingin kembali kepada istrinya yang pertama, maka dalam kondisi seperti ini poligami merupakan solusi terbaik.
10- Umat Islam sangat membutuhkan lahirnya banyak generasi muda, untuk mengokohkan barisan dan persiapan berjihad melawan orang-orang kafir, ini hanya akan terwujud dengan poligami dan tidak membatasi jumlah keturunan.
11- Termasuk hikmah agung poligami, seorang istri memiliki kesempatan lebih besar untuk menuntut ilmu, membaca al-Quran dan mengurus rumahnya dengan baik, ketika suaminya sedang di rumah istrinya yang lain, dan kesempatan seperti ini umumnya tidak didapatkan oleh istri yang suaminya tidak berpoligami.
12- Dan termasuk hikmah agung poligami, semakin kuatnya ikatan cinta dan kasih sayang antara suami dengan istri-istrinya, karena setiap kali tiba waktu giliran salah satu dari istri-istrinya, maka sang suami dalam keadaan sangat rindu pada istrinya tersebut, demikian pula sang istri sangat merindukan suaminya.
Dan masih banyak hikmah dan faidah agung lainnya, yang tentu saja orang yang beriman kepada Allah dan kebenaran agama-Nya tidak ragu sedikitpun terhadap kesempurnaan hikmah-Nya dalam setiap ketentuan yang disyariatkan-Nya. Cukuplah sebagai hikmah yang paling agung dari semua itu adalah menunaikan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala dan menaati-Nya dalam semua ketentuan hukum yang disyariatkan-Nya.[4]
-bersambung insya Allah
Penulis: Ustadz Abdullah Taslim, M.A
Artikel www.manisnyaiman.com

[1] Hikmah adalah menempatkan segala sesuatu tepat pada tempatnya, yang ini bersumber dari kesempurnaan ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala, lihat kitab Taisiirul Kariimir Rahmaan (hal. 131).
[2] Lihak keterangan imam Ibnu Hajar al-‘Asqalaani dalam “Fathul Baari” (9/143).
[3] Majmuu’ul fataawa syaikh al-‘Utsaimiin (4/12 – kitabuz zawaaj).
[4] Lihat kitab  Ahkaamut Ta’addud fi Dhau-il Kitaabi was Sunnah (hal. 31-32).

POLIGAMI sering menjadi isu kontroversi dalam masyarakat kita. Islam membolehkan umatnya berpoligami namun ia bukan boleh berlaku sewenang-wenangnya.
Antara faktor yang me nyumbang lelaki berkahwin lagi mungkin disebabkan kesihatan isteri gagal melahirkan zuriat, sering kali bekerja di luar kawasan atau memiliki dorongan nafsu seks yang kuat.
Keharusan berpoligami mempunyai hikmah bagi kepentingan serta kesejahteraan umat Islam. Poligami bertujuan menghalang terjadinya perceraian antara pasangan.
Selain itu, poligami dapat menyelesaikan jumlah ‘gadis berumur’ supaya mereka juga dapat merasa nikmat kehidupan berumah tangga dan berkeluarga.
Jika itu berlaku, jelaslah poligami dibolehkan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks bagi lelaki semata-mata tetapi ia mempunyai maksud serta tujuan kemaslahatan umat Islam seluruhnya.
Islam tidak memandang mudah syarat yang dikenakan kepada suami yang ingin berpoligami. Sebab itulah tanggungjawab yang mereka perlu pikul bukan satu tugas mudah.
Rasulullah s.a.w sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya atas dasar untuk membantu dan memberi perlindungan kepada mereka. Contohnya Rasulullah menikahi Siti Saudah binti Zam’ah kerana beliau kematian suami.
Seluruh kaum kerabat Siti Saudah adalah orang musyrik. Usia Siti Saudah ketika itu 66 tahun. Namun baginda tidak mahu membiarkan Siti Saudah bersendirian kerana bimbang Islamnya terancam.
Rasulullah juga berkahwin dengan Siti Aisyah dan Siti Hafsah sebagai penghargaan kepada orang tua mereka. Ibu bapa mereka adalah sahabat dan menteri Rasulullah iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khatab.
Begitu juga halnya ketika Rasulullah berkahwin dengan Ummu Salamah (Hindun binti Abi Umayah bin Almuqirah). Ummu Salamah adalah salah seorang yang turut serta dalam penghijrahan ke Habsyah dan Madinah.
Suaminya, Abu Salamah meninggal dunia dan mereka mempunyai anak yang masih memerlukan didikan. Rasulullah mengahwini Ummu Salamah demi memuliakannya.
Selain itu, Ummu Salamah juga memiliki sifat terpuji dan termasuk daripada golongan yang awal menganut Islam. Jelas, Rasulullah berpoligami demi menguatkan ikatan kasih sayang antara kerabat dan kabilah isteri-isterinya supaya mereka memeluk Islam.
Poligami yang dilaksanakan Rasulullah sarat dengan pengajaran penting serta hikmahnya. Baginda tidak melakukannya secara sesuka hati atau tanpa pertimbangan yang wajar.
Allah berfirman yang bermaksud: “Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut dia tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja” (Surah An-Nisa’ ayat 3).
Dalam ayat berkenaan lelaki dibolehkan berkahwin sehingga empat wanita de ngan syarat yang berat sekali iaitu mesti berlaku adil antara isterinya mengenai nafkah serta giliran.
Tetapi jika kita tidak dapat berlaku adil maka hendaklah seseorang itu beristeri seorang saja. Hikmahnya ialah orang lelaki pada zaman Nabi Muhammad bilangan nya sedikit berbanding wanita disebabkan ramai yang mati dalam peperangan.
Oleh itu dibolehkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang supaya janda yang kematian suami mendapat bantuan dan perhatian sewajarnya. Rasulullah cuma berkahwin dengan seorang gadis manakala yang lain semuanya janda bagi membantu kehidupan mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara perempuan-perempuan itu meskipun kamu sangat ingin perempuan-perempuan itu, meskipun kamu sangat ingin demikian itu, sebab itu janganlah kamu terlalu cenderung sehingga kamu tinggalkan perempuan yang lain sebagai seorang yang tergantung. Jika kamu perbaiki (kesalahanmu) dan bertakwa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang” (Surah An-Nisaa’ ayat 129).
Poligami sebenarnya menjadi penyelesaian kepada masalah. Ia sama juga seperti talak yang dibolehkan kerana mahu mencari jalan keluar daripada kesulitan.
Bermakna, poligami tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tetapi perlu berdasarkan nas syariat serta realiti keadaan masyarakat.
Menjadi lumrah kehidupan di dunia, tidak semestinya semuanya indah belaka tetapi Allah akan sentiasa menguji kita dengan pelbagai dugaan bagi menilai kesabaran dan ketabahan hamba-Nya.
Dengan tegas diterangkan tuntutan supaya suami bersikap adil jika ingin berpoligami. Seorang suami yang sering kali sakit dan mengalami kesukaran keluar mencari rezeki sudah tentu tidak dapat menanggung isteri-isterinya.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing daripada suaminya. Dalam soal ini, suami tidak boleh mengurangi nafkah seorang isterinya dengan alasan isteri mempunyai sumber kewangan sendiri.
Prinsip adil tidak mengira sama ada mereka gadis atau janda, muda atau tua atau taraf pendidikan. Semuanya mempunyai hak sama rata sebagai isteri.
Adil dalam memberikan tempat tinggal dan ulama sepakat mengatakan suami bertanggungjawab menye diakan tempat tinggal masing-masing kepada setiap isteri dan anak sesuai dengan kemampuannya.
Jangan sampai berlaku pertengkaran atau saling cemburu antara mereka. Menyusun giliran aspek yang begitu penting jika hidup berpoligami.
Isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama dengan waktu menginap di rumah isteri yang lain. Tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan hubungan seks dengan isteri semata-mata tetapi ia bermaksud menyempurnakan ikatan kasih sayang, kemesraan dan kerukunan antara suami isteri.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Surah ar-Ruum ayat 21).
Anak juga mempunyai hak mendapatkan perlindungan serta kasih sayang daripada ayahnya. Sebab itu disyaratkan agar setiap suami yang mahu berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak mereka yang berlainan ibu itu.
Siti ‘Aisyah r.a menerang kan, maksudnya: Bahawa Rasulullah s.a.w selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya.
Beliau berkata dalam doanya: “Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku.”
Peruntukan undang-undang di Malaysia tidak melarang seseorang itu berkahwin lagi tetapi dengan syarat mereka perlu mendapat kebenaran bertulis daripada mahkamah.
Perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, dalam Islam lelaki yang ingin berpoligami perlu ada kemampuan dari segenap segi.
“Ia bukan dilakukan atas dasar nafsu semata-mata. Lelaki yang berhajat mengahwini lebih daripada seorang wanita perlu berkemampuan dari sudut material dan paling penting mereka memiliki asas iman jitu supaya dapat membimbing isteri-isteri mereka.
“Ada betulnya isteri tidak bersetuju suaminya berkahwin lain jika suami mereka tidak berkemampuan. Bantahan isteri itu bertujuan menyelamatkan suami daripada gagal menjalankan tanggungjawab kelak.
“Berbeza dengan suami yang mampu dalam situasi mereka tidak mampu melawan kehendak nafsunya, isteri tidak boleh membantah jika mereka ingin berpoligami kerana dibimbangi mereka terjebak dengan dosa,” katanya.
Beliau berkata, poligami adalah perkongsian hidup yang memerlukan komitmen tanpa berbelah bagi kepada setiap isteri dan anak mereka.
“Maka di sini terletaknya tanggungjawab besar dalam menyediakan peruntukan wang ringgit bagi perbelanjaan setiap isi rumah, memberikan kasih sayang sama rata serta didikan buat isteri dan anak-anak.
“Jadi amat malang sekali kepada suami yang ingin mempraktikkan poligami namun kelak amanah itu tidak dilaksanakan bersungguh-sungguh,” katanya.
Mohd Zawawi berkata, antara hikmah yang terkandung dalam poligami apabila ia dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan seseorang.
“Contohnya, poligami itu menjadikan seorang janda dan anak yatim hidup lebih terbela. Selepas kematian suami, sudah pasti mereka hilang tempat bergantung harap.
“Tambahan pula anak-anak masih kecil untuk ditanggung. Jadi sudah tentu kehadiran suami memberi sinar kepada mereka untuk terus menikmati kehidupan dengan lebih sempurna,” katanya.
Beliau berkata, memang dalam masyarakat kita suami yang ingin berpoligami sukar diterima wanita dan isteri menganggap kebahagiaan mereka dirampas.
“Itu sebabnya poligami dipandang serong sesetengah orang kerana golongan yang melaksanakan poligami berkenaan menunjukkan contoh tidak baik serta memberi gambaran mereka semakin bermasalah.
“Contoh yang baik pula jarang diketengahkan dalam masyarakat kita.
“Oleh itu, wanita perlu menukar persepsi bahawa suami yang berpoligami memikul pengorbanan tinggi kerana bukan mudah memperuntukkan masa serta kasih sayang sama rata antara setiap isteri dan anak-anak.
“Pada masa sama, lelaki perlu membuktikan kelayakan sebenar mereka memimpin sebuah keluarga besar yang berlandaskan prinsip adil selain ibadat mereka turut hebat.
“Itulah yang diamalkan Rasulullah antara tujuan baginda berpoligami untuk memberi perlindungan dan martabat kepada wanita,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, October 27, 2009

KENAPA ISLAM BENARKAN POLIGAMI?

Isu poligami adalah isu yang paling hangat dibincangkan melibatkan islam, sungguhpun banyak juga agama atau bangsa lain yang mengamalkan poligami tetapi sepertinya tidak disentuhpun. Contohnya Masyarakat Zulu juga mengamalkan poligami bahkan satu kes diberitakan kahwin empat isteri dalam satu masa sekaligus. Isu poligami banyak disentuh tentang keburukannya berbanding kebaikan poligami, ini disebabkan pengamal poligami tidak mengamalkan panduan yang diajarkan oleh Islam sehingga poligami menjadi satu polemik yang tak habis-habis dan meninggalkan kesan negatif. Seolah-olah poligami adalah penindasan terhadap perempuan sedangkan poligami dalam Islam adalah untuk mengangkat kedudukan perempuan. Sungguhpun demikian kita kena faham beberapa perkara :
1. Islam tidak pernah memperkenalkan poligami, poligami telah wujud sejak zaman azali lagi seperti dilaporkan dalam Bible, Yajurveda dan tamadun-tamadun awal. Islam hanya menghadkan poligami maksimum hanya empat sahaja sedangkan agama dan tamadun lain tidak pernah menghadkannya. Abraham mempunyai tiga isteri, Solomon mempunyai 700 isteri dan 300 gundik, David mempunyai 99 isteri dilaporkan dalam Bible, manakala Krisna mempunyai 16108 isteri tetapi tak pernah disentuh atau jadi isu tetapi islam menghadkan kepada empat sahaja tiba-tiba jadi isu. Sila rujuk Bible
Maka Sarai memberikan Hagar kepada Abraham untuk dijadiakn isterinya (Act 16;3).
Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan bernama Ketura (Act 25;1).
Raja Solomon berkahwin dengan tujuh ratus orang puteri raja dan mempunyaitiga ratus orang gundik (King 11;3).
Poligami dalam Islam
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim bilamana kamu mengawininya, maka kawinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kawinilah seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya (An-Nisa' 4;).
Ayat di atas menyatakan bahawa Islam membenarkan kahwin sampai empat sekiranya dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya, sekiranya tidak dapat berlaku adil maka kahwinlah satu sahaja. Mengikut statistik tidak sampai 10 peratus lelaki muslim mengamalkan poligami. Lelaki yang mengamalkan poligami dapat berlaku adil maka dia adalah orang pertama masuk ke syurga tetapi sekiranya tidak dapat berlaku adil maka dia adalah orang pertama masuk ke neraka.
Sebenarnya poligami tidak menzalimi perempuan tetapi memuliakan mereka dengan menyediakan tempat perlindungan dan kasih sayang. Bandingkan kehidupan perempuan bujang dengan perempuan berkahwin, perempuan berkawhin mempunyai tanggungjawab menguruskan keluarga, mendapatkan perlindungan dan kasih sayang daripada suami serta wujud keceriaan rumah tangga dengan kahadiran anak-anak dan sebagainya.
Sungguhpun demikian sebetulnya poligami dapat mengurangkan masalah sosial masyarakat yang semakin teruk. Beberapa kelebihan atau manfaat poligami :
1. Ada sesetengah lelaki mempunyai kemahuan sexual yang cukup tinggi, seorang isteri tidak dapat melayan kemahuan seksual suami. Dalam Islam penyelesaiannya adalah kahwin lagi seorang, kalau dalam agama lain apa penyelesaiannya? Mungkin mempunyai perempuan simpanan atau mencari pelacur, ini mempengaruhi perkembangan spikologi perempuan simpanan dan anak yang dilahirkan bahkan akan menjejaskan kerjaya lelaki tersebut, di samping itu juga dapat mengalakkan industri sexual. Melarang lelaki daripada melakukan hubungan seksual adalah mustahil, bukan semua lelaki dapat mengawal nafus seksual dengan baik, contohnya Tiger Wood yang dianggap seorang suami dan ayah yang penyayang dan setia kepada pasangan tetapi yang berlaku adalah menggemparkan dunia, bahkan telah menghancurkan kerjayanya sebagai pemain Golf profesional yang sebelum ini dianggap sebagai hero. Mungkin kalau Tiger Wood mengamalkan poligami adakah skandal tersebut akan berlaku? Tentu jawapannya tidak.
2. Bilangan perempuan melebihi lelaki, ini akan melahirkan semakin ramai anak dara tidak laku ataupun andartu. Kita mesti ingat perempuan juga mempunyai kemahuan sexual, kalau nak dapat lelaki bujang dan muda adalah sangat susah bagi perempuan berumur kecuali lelaki sudah beristeri. Kalau saudara mempunyai anak atau saudara perempuan, sanggupkan saudara memberikan anak atau saudara perempuan anda menjadi pelacur ataupun perempuan simpanan? Maka Islam memberikan penyelesaian melalui poligami, kalau lelaki hanya boleh kahwin seorang isteri sahaja maka tidak semua perempuan mempunyai peluang mendapatkan suami. Poligamilah satu-satunya jalan bagi memastikan semua perempuan mempunyai suami.
3. Dalam Islam perkahwinan bukan semata-mata kerana kemahuan sexual semata-mata, kadangkala perkahwinan kerana kebajikan sebagai contoh seorang ibu tunggal yang kematian suami dan mempunyai 5 orang anak. Mampukah seorang perempuan menyara anak-anaknya?
Berapa ramai ibu tunggal di Amerika atau negara Eropah terpaksa bekerja syif siang dan malam semata-mata untuk menyara keperluan anak. Maka lelaki Muslim sanggup berkahwin untuk membantu menyara dan menjaga anak-anaknya, dalam agama lain tidak berlaku seperti ini tapi dalam Islam ini adalah perkara normal.
4. Bagi pasangan berkahwin sampai berpuluh tahun tetapi tidak mempunyai anak. Selepas dibuat pemeriksaan doktor kalau suami berkahwin dengan perempuan lain maka peluang mempunyai anak cukup besar. Suami-Isteri mahu sangat anak, apa penyelesaian agama lain berikan? Mungkin cerai isteri pertama dan kahwin dengan perempuan lain, bagi setengah agama tidak dibenarkan bercerai dan berkahwin lain apa penyelesaiannya? Ramai yang berkahwin secara senyap atau mempunyai perempuan simpanan, sungguhpun agama melarangnya tetapi undang-undang tidak dapat melindungi perempuan seperti ini (mengikut bancian yang dibuat). Islam benarkan untuk kahwin lagi, bahkan anak yang lahir dari isteri kedua juga anak daripada isteri pertama maka lahirlah keluarga yang bahagia.
5. Sekiranya isteri lumpuh seluruh badan dan suami masih muda lagi sehingga keinginan sexual masih tinggi, nak melakukan hubungan sexual dengan isteri lumpuh adalah satu kezaliman. Adakah lelaki harus mempunyai perempuan simpanan atau melanggan pelacur? Apa penyelesaian yang diberikan agama lain? Islam membenarkan suami berkahwin lagi, suami boleh memilih isteri kedua yang sanggup menjaga suami, anak dan isteri pertama. Maka akan terbina satu keluarga bahagia dan sejahtera sekiranya suami isteri melaksanakan perkahwinan mengikut panduan yang diajarkan islam.

4 comments:

  1. jgan jadikan nafsu kuat si suami perlu kawin lg 1 2 3 atau 4. didiklah nafsu dengan banyakan amal ibadat. kalau wanita nafsunya kuat shooping, tak kan lah di tabur dengan duit hari2. jalan penyelesaianya banyakan amal ibadat. diri kita, kita yang tenteukan. Dalam hidup ni hakikatnya tak ada alasan. mahu tak mahu aje.
    Reply
    Replies
    1. saya setuju dengan cadangan anda tapi bukan semua manusia dapat mengawal nafsu daripada melakukan zina perkahwinan lain adalah penyelesaian tapi bukan bermakna kahwin lebih dari satu suatu keharusan bergantung kepada individu tersebut untuk melaksanakan tugas sebagai suami dan juga ayah kepada anak-anaknya
  2. Apa yang diketengahkan hanya senario yang ideal sahaja. Saya tak mengatakan hukum lelaki kahwin 4 tidak benar. Ia benar & ia wujud. Tetapi penjelasan awak, saya tak boleh beli. Moga akan dapat saya terima ini dengan fahaman dengan lebih jelas. Amin.
    Reply
  3. Adakah lelaki yang kematian isteri yang mana-mana daripada empat itu boleh kahwin lagi untuk menggantikan quota si mati ? Adakah yang meninggal itu diambilkira lagi?
    Reply


Kebaikan & Kesan Poligami Mengikut Pandangan Islam

poligami
Terdapat banyak isu yang boleh disenaraikan apabila seseorang itu berpoligami. Walaubagaimanapun, poligami pada hari ini telah ditutupi kebaikannya dengan dakyah atau tomahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan kepada pendidikan barat yang mengharamkan poligami dalam kehidupan.
Kelebihan berpoligami adalah sangat berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Cuba bayangkan jika Islam tidak membenarkan poligami, kemungkinan putaran sosial dalam kehidupan manusia boleh menjadi tunggang-langgang.
Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:-
  • – Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
  • – Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
  • – Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.
  • – Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.
  • – Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.
  • – Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.
  • – Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.
  • – Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.
  • – Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.
  • – Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.
  • – Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.
  • – Menambah bilangan keturunan.
  • – Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.
Sudah terang lagi bersuluh dengan keterangan di atas, dapatlah kita rungkaikan bahawa pologami yang diharuskan Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan nafsu seks bagi kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan ummah.
Islam juga tidak memandang mudah tentang syarat-syarat yang dikenakan terhadap suami yang berpoligami. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi maka mereka ditegah untuk melakukan poligami yang boleh membawa mereka kepada lembah dosa yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Poligami itu tidak buruk tetapi menjadi buruk apabila orang yang sesat mengamalkan poligami. Poligami adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana-NYA adalah Maha mengetahui segala keperluan dan kehendak hambanya.
Allah tidak menghalalkan apa yang akan memudaratkan hambanya. Dalam poligami tiada buruknya. Cuma tanggungjawab yang perlu dipikul adalah berganda berbanding sebelumya. Tanggungjawab dalam melaksanakannya merupakan cabaran paling penting dalam berpoligami.
poligami rahsia
Hal poligami ini menjadi lebih parah dengan gembar gembur yang dimainkan oleh media dalam menyebarkan seolah-olah poligami itu salah dan tidak dibenarkan.
Maka, poligami itu akan bertukat menjadi pengalaman pahit apabila:
  • – Pengamalnya tidak mendalami ilmu sebelum berpoligami.
  • – Pengamalnya tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah apabila berpoligami.
  • – Pengamalnya bertujuan untuk mengkianati wanita.
  • – Pengamalnya berpoligami berdasarkan nafsu semata-mata.
  • – Pengamalnya tidak pandai untuk menguruskan rumahtangga.
Oleh itu, sekiranya anda, suami anda atau sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk berpoligami, sila dalami terlebih dahulu ilmunya. Untuk itu, anda boleh dapatkan panduan lengkap poligami yang diberi nama ‘Rahsia Poligami’ di laman web ini


 DilaDellila • 8 years ago • 7,727 viewed

Para isteri begitu fobia mendengar perbincangan atau berita mengenai poligami, biarpun tidak melibatkan suami sendiri. Mereka sepakat membantah sebarang maksud berkaitan poligami.

Sebenarnya, isu poligami tidak menjadi kecoh jika kedua-dua pihak, suami dan isteri, termasuk juga ahli keluarga dan masyarakat melihatnya dari sudut positif. Isu poligami perlu diperjalaskan bagi mengelak salah faham dan tidak ada pihak mengambil kesempatan.

Islam membenarkan lelaki beristeri lebih daripada seorang, sehingga empat pada satu masa bukan bersifat menguntungkan kaum lelaki semata-mata. Poligami juga bertujuan mendatangkan kebaikan kepada wanita mendapat perlindungan, kasih sayang dan nafkah.

Kebenaran lelaki berpoligami terkandung dalam ayat 3 surah an-Nisa bermaksud: ?Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim apabila kamu mengahwininya, maka kahwinlah perempuan lain yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.?

Asbabul-nuzul atau sebab turun ayat itu ialah menyekat amalan tidak baik di kalangan lelaki Arab (yang dibawa daripada amalan Jahiliah) sebagai penjaga (wali) kepada wanita yatim, yang mana perkahwinan itu sering menyebabkan penganiayaan kepada anak yatim.

Sejarah lelaki berpoligami bukan bermula dari syariat Islam dibawakan Nabi Muhammad seperti tomohan dilakukan oleh orientalis Barat. Amalan poligami telah berlaku sejak ribuan tahun lalu, sesuai dengan tabie manusia.

Umat-umat nabi terdahulu telah mengamalkan poligami, termasuk juga di kalangan penganut agama lain. Masyarakat Barat juga pernah menerima amalan berpoligami, sebelum diharamkan oleh undang-undang gereja dan kemudiannya diikuti undang-undang negara.

Amalan poligami paling hina diamalkan masyarakat Arab Jahiliah yang sesuka hati berpoligami dan melakukan amalan pernikahan yang meletakkan taraf wanita seperti barang dagangan.

Lelaki Arab Jahiliah mengamalkan perkahwinan bertukar-tukar isteri sesama sendiri yang dipanggil al-badal. Seorang isteri juga boleh digadai kepada orang kaya jika suami ingin mendapat wang atau berdepan dengan masalah hutang.

Masyarakat Arab Jahiliah juga mengamalkan perkongsian isteri bagi wanita yang menjadi rebutan lelaki untuk mengelak pergaduhan memiliki wanita cantik. Hal in terjadi disebabkan hawa nafsu semata-mata.

Nasib wanita sebelum kedatangan Islam amat malang yang dianggap sebagai bahan pemuas nafsu lelaki semata-mata. Lantas, dengan kehadiran Islam, syariat yang syumul telah meletakkan wanita pada kedudukan yang terbaik dalam sejarah kehidupan manusia.

Sesungguhnya, selepas memeluk Islam, lelaki Arab Jahiliyah sanggup meninggalkan amalan bertuhankan kepada nafsu yang selama itu dibanggakan oleh mereka.

Contohnya, Ghailan bin Salamah ketika sebelum memeluk Islam mempunyai 11 isteri. Bagaimanapun, setelah dijelaskan oleh Rasulullah bahawa lelaki Islam hanya dibenarkan memiliki empat isteri, maka dia telah memilih empat yang terbaik baginya dan menceraikan yang lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: ?Pilih dari kalangan empat orang saja.? (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Jelas sekali kebenaran lelaki berkahwin sehingga empat orang pada satu-satu masa bukan bersifat memenuhi hawa nafsu semata-mata. Apabila lelaki berpoligami, sebenarnya ada lebih daripada seorang wanita menjadi isteri.

Wanita yang dimadukan jangan memikirkan nasibnya dimadukan, tetapi fikirkan apakah nasib wanita yang terus hidup tanpa suami. Berkongsi suami lebih baik daripada tidak bersuami.

Wanita perlu menyakini keharusan berpoligami dalam syariat Islam adalah juga untuk kebaikan wanita. Allah tidak membenarkan sesuatu melainkan yang mendatangkan kebaikan.

Apakah nasib isteri jika Islam tidak membenarkan poligami, sedangkan suami ?hendak? sesuatu yang tidak mampu dipenuhi oleh isteri. Antara kehendak itu ialah kecantikan, ingin zuriat, status, isteri tidak mampu menjalankan tanggungjawab dan sebagainya.

Suami terpaksa membuat pilihan sama ada terus bersama isteri yang tidak mampu memenuhi keperluannya atau menceraikan isterinya dan kemudian mencari wanita lain.

Dengan ada kebenaran poligami, suami tidak perlu menceraikan isteri bagi memenuhi keperluan itu. Dengan kata lain, amalan poligami dapat mengelak isteri mengalami nasib terpaksa diceraikan suami.

Bagaimanapun, suami tidak wajar menjadikan alasan tersebut untuk berpoligami dengan sewenangnya. Allah menegaskan betapa pentingnya suami menjalankan tugas dengan adil dan bertanggungjawab.

Firman Allah bermaksud: ?Dan sesungguhnya kamu bersedudukan berumahtangga (dengan penuh mesra dan kasih sayang) dengan perempuan (yang kamu kahwini) itu dengan demikian kamu telah mengambil satu perjanjian yang amat berat.?(Surah an-Nisa, ayat 21).

Perkara utama disyarat untuk suami berpoligami ialah dapat berlaku adil meliputi aspek nafkah zahir dan batin, kasih sayang, agihan masa, perhatian dan aspek lain yang sepatutnya menjadi hak bahagian setiap isteri dan anak-anak.

Biarpun nafkah zahir atau wang ringgit boleh dikira, hakikatnya keadilan itu juga masih sukar untuk diterjemahkan sepenuhnya. Membahagikan sama banyak peruntukan bulanan belum menentukan telah adil sebenarnya.

Mana-mana isteri mungkin memerlukan perbelanjaan lebih disebabkan dia perlu untuk kos rawatan, mempunyai bilangan anak lebih ramai, keperluan pemakanan berbeza, keperluan harian berbeza dan sebagainya.

Jika perkara yang boleh dihitung tidak boleh lagi ditentukan sama adil, inikan pula kasih sayang dan nafkah batin. Jadi, bagi suami ingin berpoligami jangan mudah mengaku dapat berlaku adil.

Allah telah mengingtkan betapa sukarnya berlaku adil. Firman Allah bermaksud: ?Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri (mu) walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian.? (Surah an-Nisa, ayat 129).

Sebenarnya keadilan yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut ialah keadilan yang hakiki atau tidak sedikitpun berat sebelah. Dalam keadaan apa sekalipun, manusia tidak dapat berlaku adil sepenuhnya.

Keadilan dalam berpoligami bermakna suami melihat isteri-isteri dalam satu dimansi yang sama. Suami tidak membezakan kecantikan, umur dan perkara lain yang berkaitan kelebihan dan kekurangan seseorang isteri.

Allah memberi peringatan kepada suami agar tidak membiarkan isteri tanpa mendapat hak sewajarnya. Namun, jika suami telah berusaha berlaku adil, mana-mana kekurangan yang dilakukan akan Allah ampunkan.

Sambungan daripada surah an-Nisa, ayat 129 bermaksud: ?Kerana itu jangan kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai) sehingga kamu biarkan yang lain terkontang-kanting. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (daripada kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.?

Suami berpoligami perlu bersikap jujur menunaikan hak setiap isterinya mengikut kemampuan. Penentuan kemampuan suami berlaku adil terletak pada diri suami sendiri. Suami akan bertanggungjawab di hadapan Allah di atas amanah dan tanggungjawabnya.

Abu Daud meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: ?Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia cenderong kepada salah seorang mereka, dia akan hadir pada hari kiamat dalam keadaan sebelah rusuknya senget.?

Setiap isteri berhak mendapat pembiayaan daripada suami, walaupun dia mempunyai sumber kewangan sendiri yang cukup.

Firman Allah bermaksud: ?Orang yang mampu hendaklah memberikan belanja sesuai dengan kemampuannya. Dan sesiapa yang terbatas rezekinya, hendaklah memberikan belanja sesuai dengan pemberian Allah kepadanya.? (Surah at-Talaq, ayat 6).

Islam mengharuskan berpoligami bertujuan kebaikan. Suami ditegah berpoligami jika dirasakan akan mendatangkan keburukan, terutamanya menyebabkan berlaku zalim terhadap isteri.


Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila membicarakan hukum berpoligami terdapat 3 hukum yang ditetapkan oleh Islam iaitu harus, tidak dibenarkan dan digalakkan (istihbaab)

Firman Allah S.W.T. :

{وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ}

Maksudnya : “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat”
(Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Perintah Allah dalam ayat ini tidak menunjukkan wajibnya poligami, kerana perintah tersebut ada dijelaskan dengan ayat yang lain iaitu firman-Nya,

{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Maka dengan adanya ayat ini, jelaslah bahwa ayat di atas meskipun berbentuk perintah, akan tetapi maknanya adalah larangan, iaitu larangan menikahi lebih dari satu wanita jika dikhawatirkan tidak dapat berbuat adil atau maknanya, “Janganlah kamu menikahi kecuali wanita yang kamu senangi”.

Ini seperti makna yang ditunjukkan dalam firman-Nya,

{وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ}

Maksudnya : “Dan katakanlah:’Kebenaran itu datangnya dari Rabbmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”
(Surah al-Kahfi:29).

Maka tentu saja makna ayat ini adalah larangan melakukan perbuatan kafir dan bukan perintah untuk melakukannya.

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Abdulah bin Baz ketika ditanya, “Apakah poligami dalam Islam hukumya mubah (boleh) atau dianjurkan?”

Beliau menjawab :  “Poligami hukumnya disunnahkan (dianjurkan) bagi yang mampu, kerana firman Allah Ta’ala (beliau menyabutkan ayat tersebut di atas), dan kerana perbuatan Rasulullah S.A.W. menikahi sembilan orang wanita, Allah memberi manfaat (besar) bagi umat ini dengan adanya para isteri Nabi S.A.W. tersebut, dan ini (menikahi sembilan orang wanita adalah khusus untuk baginda sahaja.)

Adapun selain daripada Nabi S.A.W.  boleh bernikah tidak lebih dari empat orang wanita. Kerana dalam poligami banyak terdapat kemaslahatan/kebaikan yang agung bagi kaum lelaki maupun wanita, bahkan bagi seluruh umat Islam. Sebab dengan poligami akan memudahkan bagi lelaki maupun wanita untuk menundukkan pandangan, menjaga kemaluan (kesucian), memperbanyak (jumlah) keturunan, dan (memudahkan) bagi lelaki untuk memimpin beberapa orang wanita dan membimbing mereka kepada kebaikan, serta menjaga mereka dari sebab-sebab keburukan dan penyimpangan.

Adapun bagi yang tidak mampu melakukan itu dan khawatir berbuat tidak adil, maka cukuplah dia menikahi seorang wanita (saja), kerana Allah Ta’ala berfirman,

{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Semoga Allah senantiasa memberi taufik-Nya kepada semua kaum muslimin untuk kebaikan dan keselamatan mereka di dunia dan akhirat.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin berkata, “…Seorang laki-laki jika dia mampu dengan harta, badan (tenaga) dan hukumnya (bersikap adil), maka lebih utama (baginya) untuk menikahi dua sampai empat orang wanita jika dia mampu. Dia mampu dengan fizikalnya (tenaga batin) sehingga dia mampu menunaikan hak yang khusus bagi isteri-isterinya. Dia juga mampu dengan hartanya sehingga dia boleh  memberi nafkah yang layak bagi isteri-isterinya. Dan dia mampu pula dengan bersikap adil di antara mereka. Kalau dia mampu seperti ini maka hendaknya dia menikah (dengan lebih dari seorang wanita), semakin banyak wanita yang dinikahinya  maka itu lebih utama.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Orang yang terbaik di umat ini adalah yang paling banyak isterinya.”(tidak lebih daripada 4 isteri)

Hikmah dan kebaikan poligami :

Hukum poligami telah disyariatkan oleh Allah Ta’ala yang mempunyai nama al-Hakim, ertinya Zat yang memiliki ketentuan hukum yang Maha Adil dan yang Maha Sempurna, maka hukum Allah Ta’ala yang mulia ini tentu memiliki banyak hikmah dan faedah yang agung, di antaranya:

Terdapat 12  hikmah dan manfaat di dalam hukum berpoligami :

Pertama: Terkadang poligami harus dilakukan dalam keadaan tertentu. Misalnya jika isteri sudah lanjut usia atau sakit, sehingga kalau suami tidak poligami dikhawatirkan dia tidak boleh menjaga kehormatan dirinya. Atau jika suami dan isteri sudah dianugerahi banyak keturunan, sehingga kalau dia harus menceraikan isterinya, dia merasa berat untuk berpisah dengan anak-anaknya, sementara dia sendiri takut terjerumus dalam perbuatan zina jika tidak berpoligami. Maka masalah ini tidak akan boleh diselesaikan  kecuali dengan poligami, insya Allah.

Kedua: Pernikahan merupakan sebab terjalinnya hubungan (kekeluargaan) dan terikatnya di antara sesama manusia, setelah hubungan nasab. Allah Ta’ala berfirman,

{وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا}

“Dan Dia-lah yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah (hubungan kekeluargaan kerana pernikahan), dan adalah Rabbmu Maha Kuasa” (Surah al-Furqaan ayat 54).

Maka poligami (adalah sebab) terjalinnya hubungan dan mendekatkan (antara) banyak keluarga, dan ini salah satu sebab poligami yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Ketiga: Poligami merupakan sebab terjaganya (kehormatan) sejumlah besar wanita akan dapat dipenuhi keperluan hidup mereka dengan mendapat nafkah daripada suami , tempat tinggal, memiliki keturunan dan anak yang banyak, dan ini merupakan tuntutan syariat.

Keempat: Di antara kaum laki-laki ada yang memiliki nafsu syahwat yang tinggi sehingga tidak cukup baginya hanya memiliki seorang isteri, sedangkan dia orang yang baik dan selalu menjaga kehormatan dirinya. Akan tetapi dia takut terjerumus dalam perzinaan dan dia ingin menyalurkan keperluan syahwatnya ditempat yang halal  . Jelaslah ini adalah rahmat Allah S.W.T. kepada manusia membenarkan poligami  sesuai dengan syariat-Nya.

Kelima: Kadangkala setelah menikah ternyata isteri mandul, tetapi suami berkeinginan untuk mendapatkan zuriat keturunan. Maka berpoligami adalah lebih baik daripada suami menceraikan isterinya.

Keenam: Kadangkala juga seorang suami sering bermusafir untuk mencari nafkah, sehingga dia perlu untuk menjaga kehormatan dirinya ketika dia berada jauh daripadaisterinya.Maka adalah lebih baik dia bernikah ditempat dia mencari nafkah.

Ketujuh: Banyaknya peperangan dan disyariatkannya berjihad di jalan Allah, yang ini menjadikan ramai  lelaki yang terbunuh sedangkan jumlah wanita semakin ramai, padahal mereka perlukan suami untuk melindungi mereka. Maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

Kelapan: Kadangkala  seorang lelaki tertarik atau kagum terhadap seorang wanita atau sebaliknya, kerana kebaikan agama atau akhlaknya, maka pernikahan merupakan cara terbaik untuk menyatukan mereka berdua.

Kesembilan: Kadangkala terjadi masalah besar antara suami-isteri, yang menyebabkan terjadinya perceraian, kemudian  suami menikah lagi dan setelah itu dia ingin kembali kepada isterinya yang pertama, maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

Kesepuluh: Umat Islam sangat memerlukan lahirnya banyak generasi muda, untuk mengukohkan barisan dan persiapan berjihad melawan orang-orang kafir, ini hanya akan boleh diperolehi  dengan poligami dan tidak membataskan jumlah keturunan.

Kesebelas: Termasuk hikmah yang lain dengan suami berpoligami , seorang isteri memiliki kesempatan lebih besar untuk menuntut ilmu, membaca al-Quran dan mengurus rumahnya dengan baik, ketika suaminya sedang di rumah isterinya yang lain. Kesempatan seperti ini umumnya tidak didapatkan oleh isteri yang suaminya tidak berpoligami.

Keduabelas: Dan termasuk hikmah dan kebaikan  poligami, semakin kuatnya ikatan cinta dan kasih sayang antara suami dengan isteri-isterinya. Kerana setiap kali tiba waktu giliran salah satu dari isteri-isterinya, maka  suami dalam keadaan sangat rindu pada isterinya tersebut, demikian pula  isteri sangat merindukan suaminya. Masing-masing isteri cuba memberi khidmat terbaik kepada suami mereka, keadaan ini hanya berlaku dengan adanya poligami.

Sahabat yang dimuliakan,
Masih terdapat banyak hikmah dan kebaikan lainnya, yang tentu saja orang yang beriman kepada Allah dan orang bertakwa meyakini akan kebenaran hukum-hukum Allah S.W.T. dan tidak ragu-ragu walaupun sedikit daripadanya.

Wahai kaum wanita yang mukmin!
Yakinlah bahawa setiap hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran kita. Walaupun mungkin kalian berat untuk menerimanya tetapi bila hati kalian dididik dengan asas iman dan takwa dan meletakkan kepentingan Allah dan Rasul-Nya melebihi kepentingan diri kalian maka kalian akan mencapai tahap wanita solehah. Tidak ada tempat yang paling baik untuk wanita solehah melainkan syurga Allah S.W.T seluas langit dan bumi.

Janganlah kalian terbawa-bawa dengan wanita barat dan wanita sekular yang membenci poligami dan menganggap hukum poligami ini adalah merampas hak wanita dan merendahkan darjat kaum wanita. Kelemahan sebahagian daripada kaum lelaki yang mengamalkan poligami bukannya alasan bahawa poligami itu membawa kemudaratan. Yakinilah bahawa kehidupan sebenar adalah di hari akhirat di dunia ini adalah medan ujian untuk menguji lelaki dan wanita siapakan di antara mereka yang taat dan patuh kepada-Nya dan menjadi orang-orang yang bertakwa.

Kebaikan Poligami Dalam Islam

Sahabat yang dirahmati Allah,
Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peuntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah s.a.w. bukan untuk kepentingan zatNya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkanNya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(.Surah An-Nisaa' Ayat 2)

Jadi, perkara di atas telah menerangkan lebih lanjut tentang berpoligami di dalam Islam dibolehkan dan memberi gambaran kepada kita bahawa Islam merupakan agama fitrah yang mengikhtirafkan kepelbagaian keperluan dan kehendak dalam hidup berpasangan. Bagi memastikan amalan poligami ini diamalkan secara adil dan memberi kesejahteraan kepada keseluruhan umat Islam.
Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu iaitu :
     1. Berkemampuan untuk menyarai nafkah isteri-isteri dan anak-anak; dan
     2. Berlaku adil kepada isteri-isteri.
         i. Adil dalam menyediakan kediaman;
         ii. Adil dalam giliran malam; dan
         iii. Adil dalam musafir.
     3. Memberi didikan agama kepada isteri-isteri.

     Sebenarnya banyak manafaat yang boleh diambil dari poligami ini atas sebab ia disyariatkan oleh Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana yang mengetahui kebaikan yang tersembunyi tanpa tercapai oleh ilmu dan pemikiran manusia. Manfaat yang dapat kita ambil dari kebaikan poligami ini adalah seperti berikut :
     a. Bagi isteri yang telah lanjut usia dan mengalami kesakitan, ia akan menyebabkan si suami hilang tumpuan dari segi batin, caranya dengan berpoligami bagi mengelak dia membuat perkara yang dilarang di sisi Islam;
     b. Menambahkan hubungan antara keluarga dengan ikatan yang dibuat;
     c. Kehormatan wanita akan terjaga bila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri;
     d. Mengelak berlakunya perzinaan terutamanya kaum lelaki yang akan menyalurkan keinginan nafsunya ke tempat yang haram.
     e. Mengelakkan perceraian bila terdapat isteri-isteri yang tidak dapat melahirkan anak;
     f. Kebanyakan lelaki yang sering bermusafir ia memberi manafaat kerana tidak melakukan perzinaan apabila dia amat memerlukan;
     g. Bagi isteri-isteri yang kematian suami, mereka dibantu oleh para suami dengan berpoligami;
     h. Memberi kesempatan yang lebih besar untuk para isteri beramal apabila giliran isteri yang kedua;
     i. Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan antara isteri-isteri digilirkan;
     j. Menambahkan keturunan-keturunan;

Kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradawi  “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat ianya adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ianya tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan telah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ianya tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat "

Nabi s.a.w. menyebut dalam hadis .Daripada `Aisyah r.ha: Bahawa Nabi s.a.w  membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda: "Ya Allah inilah pembahagianku apa yang miliki, jangan Engkau salahku dalam apa yang aku tidak miliki."
(Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim)

Kata Abu Daud ketika meriwayat hadis ini maksud apa yang aku tidak miliki ialah hati, iaitu cinta yang lebih dan kecenderungan hati. (lihat Al-`Azim al-Abadi,).

Maka kecenderungan hati yang menyebabkan tidak sama dalam kasih sayang tidak dianggap salah di sisi Allah  selagi mana tidak berlakunya ketidak adilan dalam tindakan. Inilah maksudnya ayat tersebut.

Sesungguhnya Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang  menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita fahami bahawa poligami adalah salah satu daripada syariat Allah s.w.t. Kita perlu berfikiran positif dan tidak menanamkan kebencian kepada mereka yang mengamalkan poligami di dalam kehidupan berkeluarga. Setiap wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan meyakini akan syariat dan hukum-hukum Allah s.w.t. tidak boleh membenci dan menolaknya. Kerana dikhuatiri perasaan benci di dalam hatinya yang terbawa-bawa dengan fahaman barat boleh menjejaskan aqidahnya.
Para isteri yang meminta cerai kepada suaminya disebabkan si suami berpoligami adalah termasuk dikalangan isteri yang derhaka kerana alasan ini tidak dibenarkan syarak.

Di dalam serah tidak pernah kita dengar ada dikalangan isteri-isteri sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang meminta cerai disebabkan suami mereka berpoligami. Malahan ada dikalangan isteri sahabat-sahabat Nabi s.a.w  menggalakkan suami mereka berpoligami dengan tujuan untuk kemaslahatan umah disebabkan kematian suami.

Kesimpulannya, poligami merupakan hukum Allah s.w.t.yang mempunyai hikmah dan manfaat yang besar baik bagi individu, masyarakat dan umat Islam. Penolakan yang berlaku sekarang adalah kerana kenipisan masyarakat tentang poligami yang menyebabkan syariat ini diragui sehinggakan menganggap ia sebagai sumber kepada kesengsaraan dan kehinaan wanita. Perlu diingat bahawa setiap perintah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. pasti terselindung kebaikan yang banyak, yang tidak dapat diungkap dengan mata kasar yang tidak menggunakan cermin mata yang berjenama iman dan amal.


Poligami cara Rasulullah lindungi martabat wanita

Ditulis oleh Siti Shamsiah Binti Md Supi. Posted in Berita Harian
ADA berpendapat apabila isu poligami dibangkit dan diperbahaskan, kesimpulan yang boleh dibuat ialah lelaki menyenanginya manakala wanita mencemuhnya.
Hakikatnya, kita perlu menyedari bahawa apabila poligami diamalkan, seorang lelaki akan terbabit bersama sekurang-kurangnya dengan dua wanita. Itulah pembabitan paling minimum dalam pelaksanaan poligami. Adakah di sini kita akan memberi justifikasi bahawa kedua-dua wanita ini akan mencemuh pelaksanaan poligami? Lazimnya, yang akan mencemuh adalah isteri yang 'senior', manakala isteri yang 'junior' sekurang-kurangnya akan mengatakan "I have no comment!", kecualilah isteri yang junior ini tidak mengetahui lelaki yang dikahwininya itu bukanlah bujang.
Maka mungkin lebih diterima sekiranya kita menyimpulkan isu poligami ini sebagai isu yang lazimnya memang disenangi oleh kaum lelaki dan sebahagian kaum wanita saja yang menolak pelaksanaannya, manakala sebahagian wanita yang lain pula amat menyokongnya. Ini kerana dari segi praktikalnya kaum wanita jugalah yang menyempurnakan pelaksanaan poligami.
Bagaimanapun, ada juga golongan wanita yang menerima secara rasional hakikat poligami sebagai suatu perkara yang diharuskan oleh syarak. Dan apabila terbabit dalam pelaksanaan ini, mereka akan meminggirkan perasaan yang emosional dan rasa kurang selesa.
Jika dilihat melalui perspektif sosiobudaya masyarakat kita, pelbagai faktor poligami diamalkan.
Lazimnya, kita hanya merujuk poligami berlaku kerana fitrah lelaki yang mahu memiliki lebih daripada seorang isteri. Kenyataan ini memang ada benarnya dan ini diakui oleh beberapa lelaki yang penulis temui. Namun begitu, sebenarnya banyak lagi sebab dan sukar untuk kita buat satu kesimpulan umum mengapa poligami diamalkan kecuali jika kita melakukan kajian terperinci. Lantaran itu apa saja faktor ia perlu dilihat secara saksama kerana itulah yang menjadi sebab berlakunya poligami di Malaysia.
Selain lelaki yang berkahwin ini mempunyai naluri semula jadi untuk menghimpun sejumlah isteri dan 'jatuh cinta sekali lagi', faktor lain ialah kesihatan isteri, isteri tidak mampu menyambung zuriat, bekerja di luar daerah dan perniagaan adalah di antara sebab poligami diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia.
Ada juga kes yang dirujuk kepada penulis bagaimana poligami disebabkan kompromi persetujuan di antara ibu dan anak lelakinya. Lelaki ini tadi sudah mempunyai pilihannya sendiri sebagai calon isteri, tetapi si ibu berkeras supaya anak lelakinya turut mengahwini calon menantu pilihan ibu tadi. Dalam usia yang sangat muda, lelaki ini terpaksa menanggung lebih tanggungjawab demi mendapatkan restu daripada si ibu dalam kehidupannya. Bagi kes terpencil sebegini, penulis tidak merasakan lelaki muda ini selesa dengan kehidupannya yang terpaksa berpoligami dan kemungkinan berlaku konflik dalam dirinya bagaimana ingin membahagiakan orang yang terpaksa dikahwininya dan pada masa sama, apakah nasib isteri yang menjadi pilihan si ibu tadi?
Juga tidak dinafikan poligami dilaksanakan kerana faktor ingin membantu wanita yang malang. Sekalipun, alasan ini tidak dapat diterima oleh sebahagian pihak, tetapi ia tetap wujud dan seharusnya diambil kira. Pihak yang menafikan alasan ini berpendapat bahawa ada pilihan lain sekiranya seseorang lelaki itu benar-benar ingin membantu wanita malang.
Persoalannya, wanita malang ini adalah insan biasa yang dijadikan Allah bersama naluri semula jadi seorang manusia. Mereka mempunyai perasaan untuk berkasih-sayang, menerima perlindungan serta kehendak batiniah dan semuanya ini tidak dapat diberikan secara alat, persatuan atau khidmat nasihat semata-mata. Tetapi daripada seorang manusia yang bergelar suami. Itulah yang diamalkan dalam poligami Rasulullah yang di antara tujuan baginda untuk memberi perlindungan dan martabat yang tinggi terhadap status wanita.
Mungkin ada pembaca yang tersinggung jika penulis nyatakan sesetengah poligami tidak dapat dielak disebabkan godaan kuat daripada wanita yang tidak mempedulikan status lelaki yang disukainya, sama ada masih bujang atau berkeluarga. Mungkin dengan kejelitaan, harta dan kerjaya yang dimilikinya, wanita tadi mampu mencairkan kesetiaan si lelaki terhadap isterinya. Tetapi, inilah di antara hakikat yang berlaku di kalangan masyarakat kita.
Agak mengejutkan juga apabila penulis dimaklumkan ada lelaki yang berpoligami disebabkan mereka mahu mendapatkan 'kos melepas' dalam kehidupan. Mengahwini beberapa wanita yang berkedudukan, bekerjaya dan berharta menyebabkan lelaki ini mempunyai 'back-up' dari aspek kewangan. Perkahwinan ini memang sah dari segi hukumnya tetapi apakah nilai sebenar perkahwinan ini di sisi Allah? Apa yang pasti, poligami seumpama ini begitu menyimpang daripada tujuan sebenar poligami yang diharuskan oleh syarak!
Disebabkan pelbagai faktor menyebabkan poligami, maka ia mewujudkan pelbagai bentuk keluarga yang mengamalkan poligami. Kadang kala, apabila poligami dilaksanakan disebabkan 'jatuh cinta sekali lagi' (atau pun si lelaki memberikan alasan bahawa pernikahannya dengan isteri sedia ada dalam keadaan terpaksa), maka isteri senior dipinggirkan secara langsung atau tidak langsung.
Tentulah lebih menyakitkan apabila si suami ini bernikah lagi selepas berada dalam keadaan stabil disebabkan sokongan dan pengorbanan isteri senior. Fenomena seperti inilah yang menyebabkan sesetengah pihak seolah-olah berhasrat untuk menghapuskan amalan poligami sehingga hampir-hampir menafikan bahawa poligami juga sebenarnya salah satu penyelesaian terhadap masalah sosial.
Persoalannya di sini, apakah kaedah yang boleh digunakan bagi membentuk amalan ini kepada bentuknya yang lebih stabil, selesa atau sekurang-kurangnya tidak menyakitkan hati apabila poligami tetap mahu dilaksanakan oleh pihak suami? Ini kerana mereka enggan untuk menimbang permintaan atau mungkin rayuan isteri mereka? Bagi suami yang salih, yang mengetahui hukum-hakam secara terperinci, tentulah masalah ini tidak timbul. Masalahnya, apabila si suami hanya berpegang kepada zahir ayat al-Quran yang mengatakan bahawa amalan ini diharuskan tanpa melihat kepada asbab al-nuzul (sebab turun ayat) dan juga syarat yang diketengahkan oleh fukaha.
Dalam hal ini, pada pendapat penulis cadangan yang diutarakan ini mungkin boleh menjadi salah satu jalan penyelesaiannya. Setiap diri manusia dikurniakan oleh Allah dengan kelebihan dan kelemahan.
Seseorang wanita (dan juga isteri) sebenarnya boleh mengukur diri sendiri, di mana kekuatan diri mereka.
Bagi isteri yang mampu untuk tawar-menawar dengan pihak suami yang menyuarakan hasratnya untuk berpoligami dan isteri ini tadi melihat bahawa suaminya tiada halangan untuk melaksanakannya, mengapa tidak dibuat permintaan supaya poligami yang akan dilaksanakannya itu turut memberi faedah kepada si isteri dalam jangka masa panjang atau sehingga akhir hayat? Sebagaimana pihak suami yang dapat menikmati faedahnya (mempunyai teman hidup tambahan) sehingga akhir hayat? Sejumlah wang 'pampasan' atau 'sagu hati' sebenarnya tidak memadai, kerana ia akhirnya akan lenyap!
Umpamanya, serahkan anak-anak untuk dijaga oleh madu sekiranya dia tidak bekerja. Sekiranya si isteri tadi wanita bekerja yang kadang-kala pulang hingga lewat, dia meminta si madu menemani anak-anak membuat kerja sekolah mereka.
Pada hemat penulis, tidak salah meminta 'bayaran' daripada madu kerana isteri senior sudah 'menyerahkan sebahagian daripada miliknya' kepada isteri baru, di mana dengan serahan itu mereka menikmati kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. Bayaran yang diterima ini sekurang-kurangnya akan menjadikan wanita yang dimadukan tetap mengakui bahawa amalan yang diharuskan Islam ini memberikan manfaat kepada kehidupannya dan keluarga keseluruhannya.
Begitu juga bagi pihak suami yang berhasrat untuk berpoligami dan mendakwa layak untuk melaksanakannya, maka perlulah menjadikan poligami itu sebagai suatu perkara yang memberi manfaat kepada setiap ahli keluarganya. Apakah bentuknya, terpulang kepada budi bicara suami sebagai ketua rumah tangga. Sememangnya dalam Islam dinyatakan syarat bahawa poligami yang akan dilaksanakan itu tidak akan menjatuhkan kedudukan atau taraf isteri yang sedia ada, tetapi, adalah sesuatu yang lebih baik sekiranya setiap isteri menerima kebaikan dari pelaksanaan itu.
Bagi mereka yang kurang mampu untuk membuat tawar-menawar dengan suami, keberanian perlu ada. Dapatkan bantuan, sokongan dan 'back up' daripada sesiapa yang dirasakan boleh. Jadilah isteri yang berilmu, yakni yang mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Fahamilah undang-undang dan prosedur undang-undang keluarga Islam bagi mendapatkan bantuan sekiranya suami tidak berlaku adil.

UNTUNGNYA POLIGAMI
Sepanjang sejarah manusia, kalau kita lihat dari dulu sampai sekarang, dalam soal unit keluarga ini ada berbagai-bagai bentuk amalan. Ada suku-suku bangsa yang mengamalkan sistem polyandry, yang sangat bertentangan dengan fitrah manusia.
Polyandry ini ialah isteri yang mempunyai lebih daripada satu suami. Ini berlaku pada suku-suku kaum yang mundur, misalnya kaum asli atau Aborigin. Di dalam sistem ini seorang perempuan boleh mempunyai dua atau tiga suami, kadang-kadang berbelas-belas suami. Semua suami berkhidmat kepada isteri tersebut. Ia mirip kepada sistem hidup semut atau lebah di mana ketuanya adalah permaisuri. Permaisurilah yang mengarahkan segala-galanya.

Islam membawa satu sistem yang bertentangan dengan itu, iaitu poligami, di mana seorang suami boleh mempunyai banyak isteri. Sekali imbas, kalaulah poligami dalam Islam ini tidak dikaji betul-betul kebaikan dan hikmahnya, maka kebanyakan manusia terutama para orientalis dan orang-orang Islam sendiri yang tidak faham atau yang tidak dididik secara Islam, akan menganggap bahawa poligami ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah satu cara untuk orang lelaki menindas kaum perempuan atau untuk memuaskan nafsu mereka terhadap kaum perempuan. Maka timbullah berbagai fitnah terhadap orang yang berpoligami.

Tambahan pula ada orang-orang Islam yang berpoligami tetapi tidak mengikut cara berpoligami yang sebetulnya. Antaranya, berlaku ketidakadilan, tidak membela, mengabaikan anak, tinggal isteri lama-lama dan lain-lain lagi sehingga timbullah masalah dalam masyarakat. Maka buruklah rupa poligami itu walaupun yang sebenarnya hikmahnya sangat besar.

Poligami jadi ‘buruk’ kerana orang yang mengamalkannya tidak mengikut cara sebagaimana sepatutnya. Hilanglah cantik dan indahnya amalan poligami ini. Lalu bagi yang tidak faham dan juga bagi para orientalis, inilah kesempatan untuk mereka menekan, mencemuh serta menghinakannya.

Termasuk golongan yang tidak menyokong poligami ini ialah kaum wanita Islam yang tidak faham dan yang mengukur dan menilainya dengan perasaan dan hawa nafsu mereka semata-mata. Mereka menentang poligami atas alasan tidak mahu berkongsi kasih sayang suami, suami tidak akan berlaku adil dan sebagainya.
Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam duit yang kalau dikongsi, takut-takut tidak cukup atau jadi kurang. Ia perkara maknawi yang tidak boleh disukat dengan dacing atau gantang. Ia ibarat air laut. Sebanyak mana pun bekas yang dibawa, diisi penuh dengan air laut tidak akan habis malahan sedikit pun tidak akan luak atau kurang. Kalau isteri itu solehah dan berakhlak, tetap suami akan sayang. Kalau ada empat isteri yang semuanya solehah dan berakhlak, keempat-empatnya suami akan sayang. Kalau isteri degil, jahat dan tidak berakhlak, tidak ada suami yang akan sayang walaupun dia seorang sahaja isterinya. Kasih sayang bukan benda yang dikongsi-kongsi. Masing-masing boleh ambil mengikut hak masing-masing tertakluk kepada syarat sama ada mereka itu menyenangkan hati suami dan layak diberi kasih sayang ataupun tidak.

Adil pula bererti menaruh hak pada yang hak. Adil tidak bermaksud pembahagian sama rata. Kalau seorang suami mempunyai ramai isteri dan setiap isterinya diberi nafkah mengikut keperluan masing-masing walaupun nilainya tidak sama di antara satu sama lain, itu adalah adil namanya sebab keperluan setiap isteri itu tidak sama.
Apa yang sebenarnya ditakuti oleh wanita yang menentang poligami atas dasar takut suami tidak adil sebenarnya ialah kerana mereka mahu membolot kesemua harta dan wang suami untuk diri mereka seorang sahaja dan tidak mahu berkongsi harta dan wang suami dengan orang lain. Kalau inilah sebab yang sebenarnya, maka jangan gunakan alasan adil atau tidak adil kerana ini tidak ada sangkut-paut dengan keadilan.

Memang Allah jadikan lelaki itu sifat semulajadinya polygamous atau suka pada lebih dari seorang isteri. Syariat Islam juga sesuai dengan fitrah ini dan lelaki dibenarkan berpoligami. Hikmahnya banyak. Ia boleh cepat meramaikan zuriat. Rasulullah SAW bukan sahaja suka dan gembira malahan megah melihat umatnya ramai.
Tambahan pada itu, orang perempuan ada banyak masa uzur. Contohnya semasa haid atau setelah bersalin. Ada yang haid sampai lima belas hari. Tetapi orang lelaki sentiasa bersedia atau sentiasa siap siaga. Oleh itu, seorang isteri tidak akan mampu melayan kehendak suaminya sepanjang masa. Isteri perlu bertolak ansur dan membenarkan suaminya mempunyai isteri-isteri yang lain terutama kalau suaminya jenis yang berkeinginan tinggi.

Lelaki juga, sifat semula jadinya mudah jemu. Ibarat makanan, kalau setiap hari dihidangkan gulai asam pedas, lama-lama dia akan hilang selera walaupun asam pedas itu sedap. Kalau gulai asam pedas itu digilirkan dan diselang seli dengan masak lemak cili api, kari atau gulai tempoyak, maka seleranya terhadap gulai asam pedas akan kekal sampai bila-bila. Selang beberapa hari, dia akan berselera untuk makan gulai asam pedas semula.
Ada peribahasa Inggeris yang berbunyi “Variety is the spice of life”.
Poligami ialah satu jalan untuk mengekalkan kasih sayang antara suami isteri. Belum hilang rindu pada seseorang isteri, sudah terpaksa ditinggalkan untuk giliran isteri yang lain. Dengan demikian, si suami sentiasa dalam keadaan merindui isteri-isterinya. Isteri-isterinya sama juga. Tidak sempat untuk jemu, tidak sempat untuk bosan. Jadi tidak ada ruang untuk pergaduhan dan bermasam-masam muka. Salah sedikit-sedikit mudah sahaja dimaafkan.

Bagi para isteri, melayan suami meletihkan. Kalau suami ada di rumah, isteri terpaksa memberi tumpuan pada suami. Tidak banyak masa terluang untuk membuat perkara-perkara yang diminati atau yang boleh dijadikan hobi seperti menjahit ke, crochet ke, menanam orkid ke, buat parti ‘tupperware’ ke dan sebagainya. Tambahan lagi, kalau suami sentiasa ada di rumah, lama-kelamaan layanan akan jadi hambar. Sampai satu ketika, masing-masing akan buat hal masing-masing.
Dalam poligami, ada giliran. Kalau waktu giliran, isteri boleh memberi segala tumpuan untuk melayan suaminya kerana itulah masa pun untuk bersama. Semasa bukan giliran, isteri boleh buat kerja-kerja lain yang dia suka. Maka fikiran dan aktiviti isteri boleh terbuka luas dan tidak jadi terkongkong dan jumud seperti isteri yang tidak bermadu.
Inilah juga peluang untuk isteri yang bermadu berkecimpung di dalam masyarakat, untuk membuat khidmat-khidmat masyarakat dan membina serta membangun masyarakat khususnya dalam hal ehwal dan kebajikan wanita dan kanak-kanak. Ini kerana di kalangan para isteri, ada yang layak dan berkemampuan untuk memimpin dan menggerakkan pertubuhan-pertubuhan wanita. Kalau semua masa diperlukan untuk melayan suami semata-mata, masyarakat akan rugi. Sukar bagi isteri yang tidak bermadu hendak berkecimpung dalam masyarakat kerana dia terpaksa melayan suami. Kalau tidak suami akan terabai.

Kalau ramai isteri-isteri yang bermadu, maka ramailah tenaga wanita yang ada untuk menggerakkan pertubuhan-pertubuhan wanita dan memajukan kaum wanita dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan. Biar isteri yang mempunyai giliran sahaja yang melayan suami. Yang tidak mempunyai giliran boleh bergerak dan berkhidmat dalam masyarakat. Masyarakat akan untung. Kaum wanita akan untung.
Wanita Barat sibuk dengan ‘Women’s Liberation’ tetapi apa pun tidak berlaku. Tidak ada hasil. Bising sahaja. Biar wanita Islam sibuk melagangkan poligami dan pada waktu yang sama, kaum wanita Islam membina, membangun dan berkemajuan.

Sebenarnya kalau kita dapat fikirkan dengan waras, kita akan berterima kasih kepada orang lelaki yang mahu berpoligami. Kerana bila seorang lelaki berkahwin, dia hanya selesai satu masalah tetapi dalam masa yang sama dia menempuh 99 masalah. Bagi orang perempuan pula, bila dia berkahwin, dia selesai 99 masalah dan menempuh satu masalah sahaja.
Jadi kalau ada lelaki mahu berkahwin, ertinya dia itu berani kerana dia sanggup menempuh 99 masalah. Lebih-lebihlah lagi yang mampu kahwin lebih, 2, 3 atau 4. Maknanya akan timbul 99 x 4 masalah. Orang yang hendak berpoligami ini haruslah seorang yang berani, tahan lasak dan sanggup menanggung risiko.

Poligami sebenarnya adalah satu perjuangan. Melalui poligami ini kita dapat membangunkan berbagai kekuatan. Poligami ini mendidik kita setiap hari. Melalui poligami, tiap saat kita terdidik, sebab kita terpaksa berhadapan dengan kerenah para isteri, berhadapan dengan tanggungjawab dan sebagainya. Maknanya 24 jam kita terdidik. Hendak tidur pun kita kena tepati tempat dan masa. Berbeza kalau ada seorang isteri. Hendak balik ke rumah atau tidak, hendak tidur di rumah atau tidak, ia terpulang pada suami. Tetapi bila berpoligami, suami sudah tidak bebas lagi. Giliran pada isteri-isteri wajib dipenuhi.

Poligami sebenarnya adalah satu proses tarbiah yang cukup hebat. Dari poligami akan timbul kekuatan-kekuatan lain.Melalui poligami akan tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang boleh menguatkan kita.

Antaranya ialah sifat sabar. Poligami menjadi tempat latihan bersabar menghadapi bermacam-macam kerenah isteri. Suami akan terlatih bagaimana hendak bersaikologi, berstrategi dan lain-lain. Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang boleh membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan spiritual. Hati dan perasaan kita akan tercanai sehingga benar-benar dapat membangunkan insaniah kita. Seolah-olahnya poligami ini adalah riadhah (latihan) hidup bagi akal, fizikal,hati dan nafsu kita.

Kita akan jadi pandai menyusun hidup dan memaksimumkan penggunaan masa, kewangan dan sebagainya di antara isteri-isteri dan anak-anak kita. Kita akan pandai mengambil hati para isteri dan melayan kehendak fizikal, emosi dan rohani mereka kerana itulah perkara yang akan memberi kepuasan kepada mereka yang kadang-kadang kita abaikan ketika kita beristeri satu. Kita hanya “take for granted”. Kita akan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan sifat memaksa diri supaya sentiasa berlaku adil dan tekanan atau tuntutan untuk sentiasa berlaku adil itu sangat berkesan untuk menjadikan kita orang yang adil atau sekurang-kurangnya orang yang berfikiran dan berperasaan adil kerana tuntutan berlaku adil itu sentiasa bermain di dalam fikiran dan hati kita.

Kita bertambah sensitif dan peka terhadap keperluan dan perasaan isteri-isteri kita. Ini boleh menjadikan kita orang yang sensitif dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang-orang lain. Kita akan jadi orang yang lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri.

Dalam keadaan berpoligami, kita akan belajar berfikir habis-habis sebelum kita memperkatakan sesuatu, lebih-lebih lagi sebelum kita berbuat sesuatu. Ini kerana risiko bertindak secara semberono dan melulu mempunyai kesan yang lebih berat di dalam poligami daripada di luar poligami. Banyak hati-hati yang akan tersentuh atau terluka. Dalam monogami, kesilapan, kekasaran dan tindakan yang melulu lebih mudah boleh diterima atau diambil ringan.

Dalam mendidik isteri yang ramai dan supaya mereka lebih mudah menerima didikan kita, kita perlu jadi contoh dan kita perlu serius dengan Tuhan dan hukum-hakam agama. Barulah kita ada wibawa dan isteri-isteri kita mudah patuh dan akur akan kepimpinan kita kerana kita sama-sama ingin menuju kepada keredhaan Tuhan. Tidak ada ruang dalam poligami bagi suami yang ingkar dengan perintah Tuhan dan yang meringankan agama kerana tidak ada isteri yang akan hormat dan akan memberi ketaatan kepadanya. Disiplin perlu dalam berpoligami. Begitu juga cara hidup yang berperaturan dan berjadual. Poligami mendidik kita supaya berdisiplin dan berperaturan.

Juga dalam menghadapi masalah dan tanggungjawab berpoligami yang lebih berat, suami akan banyak meminta tolong dan bergantung harap dengan Tuhan. Inilah satu sifat yang Allah sangat suka. Hati suami akan banyak mengadu, meminta bantuan dan merintih dengan Tuhan. Suami akan banyak mengingat Tuhan.
Perkara ini juga berlaku kepada para isteri. Dalam hendak memujuk-mujuk hati dan mendidik perasaan, isteri akan juga banyak mengadu dan merintih dengan Tuhan. Berbahagialah para suami dan isteri yang hati mereka sentiasa bersama Tuhan.

Barulah kita nampak bahawa poligami sebenarnya amat baik dan sangat penting. Kalau tidak, tentulah ia tidak menjadi `dakbus solihin’ atau tradisi para nabi dan rasul, wali-wali dan orang-orang soleh zaman dahulu. Sudah pasti ada sesuatu yang besar dalam poligami.

Walaupun poligami ini telah disingkirkan oleh umat Islam bahkan dicemuhkan, ia sebenarnya mencetuskan berbagai kekuatan. Bukan sahaja bagi pihak suami bahkan isteri juga mendapat manfaat yang banyak dari poligami. Walaupun mereka terpaksa mengurut-urut dada, memujuk-mujuk hati dan terpaksa korban perasaan, mereka juga akan mendapat berbagai kekuatan dalam menempuh ujian hidup berpoligami dan bermadu.

Bagi isteri-isteri yang monogami, hidup mereka banyak berlegar di sekitar suami mereka sahaja. Apa-apa pun “husband I”.
“Husband I” inilah, “husband I” itulah.
‘Husband’ mereka sudah jadi matlamat, bukan lagi alat untuk menuju kepada Tuhan. Bukan mudah untuk mengubah sikap dan pegangan ini. Suami mereka lebih banyak di hati mereka dari Tuhan sendiri. Apa-apa pun suami, bukan Tuhan. Poligamilah ubat yang paling mujarab bagi penyakit ini. Apabila sudah bermadu, mereka akan sedar bahawa suami mereka bukan hak mereka seorang. Dia sudah ada isteri-isteri yang lain. Ketika itu hati mereka akan berhijrah daripada suami kepada Tuhan,tempat mereka merintih, mengadu dan memohon kasih sayang.

Kita tidak akan tahu atau nampak cacat hati, sifat mazmumah dan penyakit jiwa yang ada pada seorang isteri ketika dia seorang. Kita sangka dia sudah baik. Bahayanya, dia akan mati membawa penyakit-penyakit tersebut kalau ianya tidak dibongkar dan diubati. Sifat-sifat mazmumah itu ialah dosa-dosa batin. Isteri itu sendiri tidak akan bertaubat dari dosa-dosa tersebut kerana dia pun tidak tahu dan tidak sedar.

Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri. Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, maki hamun, hasad dengki, tamak haloba, rebut harta, mengamuk dan lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum berpoligami. Semasa berpoligamilah peluang untuk membongkar dan mengubati penyakit-penyakit tersebut sehingga isteri menjadi seorang isteri yang benar-benar solehah.
Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik. Isteri yang baik dalam poligami ialah isteri yang telah terbukti kebaikannya. Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami mungkin sayangkan suaminya kerana suaminya. Tetapi isteri yang sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya kerana Allah SWT.



Poligami: Kebaikan yang disembunyikan

Kadang-kadang saya berfikir apa hukumnya sengaja memberat-beratkan sesuatu perkara yang baik sedangkan Allah tidak pernah pula memberatkannya. Malah Allah memberikan berita-berita gembira bagi mereka yang melakukannya. Tapi inilah yang berlaku kepada sebilangan besar wanita apabila diajak berbicara tentang isu poligami.
Kebanyakkannya lantas mengeluarkan ayat seperti “Ingat senang ke nak poligami” atau “Bukannya lelaki tahu apa maksud berlaku adil” atau “Kena banyak belajar dulu tentang berlaku adil ni” dan bermacam-macam ayat lagi. Yang pasti semuanya tidak mahu menerima poligami tanpa mereka sendiri sedari. Dan yang saya pasti mereka sendiri pun tidak faham apa itu maksud berlaku adil kerana bila disoal balik ramai yang tergamam. Percaya atau tidak, cubalah sendiri ajak perempuan berbiacara soal poligami.
Jika dihayati, poligami sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada pihak wanita. Tidak perlulah berasa takut dengan perkataan ‘poligami’ kerana ia sebenarnya dituntut oleh agama.
Cuba fikirkan sekiranya seorang wanita itu berkata kepada suaminya, “Abang kalau nak kahwin satu lagi pun boleh.” Tapi si suami itu langsung tidak berkahwin lain lagi. Tidakkah itu sudah boleh menjadi bukti betapa si suami sayang kepada isterinya itu?
Apa yang ingin dibicarakan saya pada entri kali ini bukanlah untuk menceritakan kebaikan poligami kerana Allah sendiri seudah memberitakannya dalam Al-Quran. Tetapi apa yang ingin saya tulis adalah untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh sesetengah orang iaitu tentang berlaku adil.
Adil yang dimaksudkan dalam berpoligami adalah adil dalam pembahagian. Contohnya, jika si suami bermalam di rumah isteri pertamanya selama tiga malam maka dia perlu bermalam di rumah isteri kedua selama tiga malam juga dan begitulah seterusnya. Bukannya adil dalam pembahagian kasih sayang kerana ia adalah perkara yang subjektif.
Jika si lelaki mencintai seorang isterinya lebih daripada isterinya yang lain, itu tidak mengapa. Siapa yang boleh mengukur kadar peratus cinta dan kasih sayang seseorang? Sila jawab bagi siapa yang ingin menentang.
Adil di sini juga termasuk dalam pemberian nafkah dan makan minum. Ini jelas disebutkan oleh Nabi Muhammad sendiri seperti yang telah dicatat oleh Mu’awiyah al Qusyairi, beliau berkata:
Aku bertanya kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, apa hak isteri daripada seorang suami?’ Lantas beliau menjawab, ‘Engkau memberi makan kepadanya jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau mengaibkannya dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah.” (HR Abu Dawud)

Jelas, itulah yang dimaksudkan adil kepada setiap isteri. Bukannya adil yang si suami terlebih memberi kasih sayang kepada isteri yang satu lagi atau apa-apa sahaja yang bersifat subjektif atau yang tidak mampu si suami berlaku adil seperti berjima’.
Dan jelas lagi di sini bahawa Islam tidak pernah membebankan bagi sesiapa yang ingin berpoligami. Nabi Muhammad sendiri telah menunjukkan kepada kita contoh yang paling jelas dan paling mudah dalam berpoligami. Ingat lagi bagaimana hidup Nabi Muhammad? Hidup sederhana, tidak kaya dan tidak miskin. Adakah untuk berpoligami perlu jadi kaya? Jelas, Nabi Muhammad sendiri telah menjawabnya.
Oleh itu, nasihat saya kepada kaum wanita janganlah cuba memberat-beratkan isu poligami ini dengan menceritakan keburukan itu dan ini. Cuba anda nyatakan ayat mana yang Allah cuba menyatakan keburukan berpoligami.
Takut-takut kita yang asyik membebankan hak berpoligami ini tergolong dalam golongan antipoligami. Dan mufti sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang menyokong antipoligami boleh merosakkan akidah. (Moga kita dijauhkan daripada perkara tersebut.)
Cuba latih diri kita bila berbicara soal poligami mulakan dengan menceritakan kebaikan-kebaikannya dahulu. Kemudian barulah masuk tentang cara-cara untuk mencegah keburukan. Bukan sekadar mengatakan yang itu buruk dan yang ini buruk.
Di sini juga saya ingin mempromosi blog teman penulis saya iaituwww.fulijami.blogspot.com. Banyak info mengenai poligami ada di situ dan buku beliau(gambar di atas) akan keluar di pasaran tidak lama lagi. Dengar khabar beliau telah menyerahkan manuskrip buku tersebut kepada isteri beliau dahulu untuk diteliti.

Begitu indahnya bagi sesiapa yang menyokong poligami.